fb fb fb fb fb

Kempen Nat Bebas Sampah di Perlis, ditingkatkan

ARAU, 14 September - Kerajaan Negeri Perlis kini menekankan Kempen Nat Bebas Sampah, selaras Agenda Perlis Bersih Sihat 2021- 2025 dan Tahun Melawat Perlis 2024-2025 nanti.

Usaha itu bagi memupuk kesedaran orang ramai dan peniaga di pasar pagi dan pasar malam seluruh Perlis untuk meningkatkan aspek penjagaan kebersihan di kawasan petak niaga masing-masing sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti perniagaan.
 
Menurut Menteri Besar, Mohd Shukri Ramli, kempen tersebut juga menggalakkan para peniaga dan orang ramai meningkatkan amalan kitar semula, menguruskan bahan-bahan atau sisa buangan dengan lebih baik dan teratur.
 
Amalan kitar semula ini secara tidak langsung dapat mengurangkan janaan sampah yang dihasilkan daripada aktiviti perniagaan di nat, selain memberikan pendapatan tambahan melalui jualan bahan kitar semula ini di pusat-pusat serahan barang kitar semula yang telah disediakan kerajaan. 
 
Golongan peniaga dan pembeli diharap dapat membantu untuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dimana pembeli digalakkan untuk membawa sendiri beg atau bekas yang boleh diisi dengan barangan yang dibeli, manakala peniaga digalakkan menggunakan beg plastik jenis terbiodegradasi yang lebih mudah dilupus.
 
"Kita tak mahu selepas daripada niaga ini banyak sampah yang ditinggalkan menyebabkan pencemaran kawasan khususnya peniaga-peniaga kedai makan, yang saya rasa kita hendak menggalakkan peniaga-peniaga ini menggunakan plastik yang mudah lupus ini untuk kita capai matlamat menjelang tahun 2025 dan khususnya bermula tahun 2025 kita hendak terima tetamu yang ramai dan kita harap semua peniaga," kata Mohd Shukri, di sini.

(Menteri Besar, Perlis Mohd Shukri Ramli ditemui media ketikamengadakan Walkabout
di Pasar Tani Kekal FAMA Simpang Empat sempena Kempen Nat Bebas Sampah peringkat negeri)

Selain menyerahkan beg plastik jenis terbiodegradasi kepada peniaga terlibat, turut diserahkan set apron dan topi kepada peniaga di Gerai dan Anjung Selera Majlis Perbandaran Kangar (MPKPs) .

Media Baharu