fb fb fb fb fb

Kempen kebersihan Masyair capai matlamat, jemaah beri kerjasama penuh

(Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman (kanan)

MINA, 11 Julai- Kempen kebersihan masyair mencapai matlamat apabila jemaah haji Malaysia memberikan kerjasama dengan memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih dan selesa.

Pencapaian itu bertepatan dengan slogan ‘Kebersihan mencerminkan kemabruran haji’.

Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, ini dibuktikan apabila kawasan ibadah di Arafah dan Muzdalifah ditinggalkan dalam keadaan bersih dan tersusun.

"Saya rasa bahawa hasil daripada kebiasaan mereka semasa kempen di maktab di Makkah, dan seterusnya apa yang telah mereka lakukan di Arafah dan Muzdalifah.

"Alhamdulillah kita dapat lihat setakat ini jemaah haji terus juga menjalankan usaha-usaha kempen kebersihan ini di perkhemahan di Mina.

"Ketika di Muzdalifah, jemaah haji telah memberi kerjasama terhadap program ini. Di Mina mereka akan tinggal lebih lama iaitu antara tiga ke empat hari…tempoh agak lama untuk mereka bersihkan di bilik air, kawasan dalam khemah dan lorong-lorong khemah,” katanya selepas merasmikan Kempen Kebersihan Masyair di Mina.

Beliau turut berharap ia berterusan sehingga tamat operasi masyair agar mendapat reaksi positif Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

"Keadaan di Mina agak mencabar kerana bukan sahaja melibatkan 600 khemah untuk jemaah Malaysia tetapi juga berada dalam kawasan yang sangat hampir dengan khemah umat Islam negara lain<"katanya

Di Arafah sebanyak 200 khemah disediakan untuk jemaah Malaysia dan di Muzdalifah, jemaah haji perlu bermabit beralaskan tikar di kawasan lapang. 

(Kempen kebersihan Masyair mencapai matlamat apabila jemaah haji Malaysia memberikan kerjasama
dengan memastikan kawasan perkhemahan berada dalam keadaan bersih dan selesa)

Media Baharu