fb fb fb fb fb

Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya malam ini

(Aliran trafik mulai bergerak perlahan/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 11 Julai- Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menghala masuk ke ibu negara bergerak perlahan berikutan orang ramai pulang dari kampung selepas bercuti sempena sambutan Aidiladha.

Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia setakat 10.03 malam ini mendapati aliran trafik tinggi dan perlahan membabitkan Persimpangan Karak ke Lentang ke Plaza Tol Gombak.

Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan di Tangkak ke Jasin,Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Pedas Linggi terus ke Persimpangan Port Dickson.

Sementara itu trafik juga perlahan di Gopeng ke Tapah, Ladang Bikam ke Sungkai, Slim River ke Behrang (juga kesan kemalangan di km 385.6 arah Selatan, terkini insiden selesai sepenuhnya dan tiada lorong terhalang) serta Bukit Beruntung ke Rawang.


(Aliran trafik arah ibu kota dari Lebuhraya Pantai Timur mulai sesak dengan kenderaan warga kota yang
mula pulang semula ke destinasi masing-masing setelah bercuti sempena perayaan
Aidiladha ketika tinjauan di Plaza Tol Gombak, siang tadi/BERNAMA)


LLM menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan sama ada perjalanan keluar atau kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik.

 

Media Baharu