fb fb fb fb fb

Kempen 'Balik Kampung Dengan Selamat', tingkat kesedaran pengguna jalan raya

PUTRAJAYA, 18 April- Perbadanan Putrajaya (PPj) mengambil inisiatif melancarkan Kempen 'Balik Kampung Dengan Selamat', bertujuan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya, bersempena lebaran.

Pengerusi PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud berkata menerusi program itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mematuhi undang-undang dan mengamalkan sikap berhemah semasa memandu pulang ke kampung halaman.

Menurutnya, kerjasama agensi seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sentiasa memastikan pengguna jalan raya patuh peraturan ditetapkan.

Pihaknya juga akan terus melaksanakan program kesedaran kepada orang ramai supaya selamat sampai ke destinasi masing-masing.

"Kita pun tahu semua sudah sibuk untuk pulang ke kampung, jadi kita bersama agensi penguat kuasa yang lain memberi peringatan kepada pengguna jalan raya yang akan pulang ke kampung.

"Melalui program ini, ia memberi kesedaran kepada mereka supaya lebih berhati-hati, semoga selamat sampai ke destinasi," katanya.

(Pengerusi PPj, Datuk Fadlun Mak Ujud)

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program 'Balik Kampung dengan Selamat' anjuran PPj serta mengagihkan bungkusan makanan kepada penguna jalan raya, di sini pada Isnin.

Sebanyak 100 bungkusan diagihkan kepada penguna jalan raya dengan pelbagai barangan antaranya kit kecemasan kenderaan dan makanan.

Media Baharu