fb fb fb fb fb

Nahas helikopter: Kementerian Pertahanan sedia kaji SOP penerbangan raptai

Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR, 25 April- Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi persembahan formasi penerbangan raptai lintas hormat sedia dikaji Kementerian Pertahanan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata ini bagi memastikan insiden pelanggaran udara membabitkan dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut tidak berulang lagi.

"Kita akan tunggu laporan siasatan. Daripada laporan itu kita akan lakukan perkara-perkara yang wajar dibuat.

"Siasatan jawatankuasa akan dibentuk dan mereka akan tentukan siapa lagi yang boleh dibantu.

"Kita mesti nak tahu sejelasnya apa yang berlaku, jadi apa saja yang boleh dibantu, sebab tak ada apa yang nak diketepikan dan disorokkan," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun, keperluan meneliti semula SOP persembahan itu akan ditentukan selepas pihaknya menerima laporan penuh siasatan nahas daripada Lembaga Siasatan yang dibentuk.

Artikel Berkaitan:
Tragedi helikopter: Waris mangsa akan terima sumbangan RM3,000 - Nancy
KPT sumbang RM1,000 kepada 21 anak mangsa nahas helikopter
Nahas helikopter TLDM: Laporan interim siap dalam tempoh dua minggu


NIZAHA BINTI ABDUL KAREM