SEREMBAN, 13 Januari- Sistem penyelenggaraan yang lebih baik bagi tren Transit Aliran Massa (MRT) dijangka dapat diselesaikan dalam tempoh suku ketiga tahun ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pihaknya juga akan terus memantau budaya penyelenggaraan berkaitan tren di negara ini bagi memastikan perkhidmatannya termasuk MRT berada pada tahap optimum sekali gus mengurangkan rungutan pengguna.
"Semalam ada gangguan di MRT laluan Kajang memang sibuk. Pihak pengurusan juga perlu memberi penjelasan berkenaan masalah teknikal yang berlaku seperti sebelum ini.
"Pihak pengurusan sedar, penyelenggaraan perlu dilakukan terutama membabitkan pertukaran roda-roda kereta api kita," katanya kepada pemberita di sini.
Jelasnya, pemantauan secara berterusan akan dilakukan dan penyelenggaraan tersebut dijangka mengambil masa beberapa bulan.
(Anthony Loke Siew Fook)