fb fb fb fb fb

Kementerian Kewangan nafi pembentangan belanjawan 2023 dipercepatkan bulan depan

(FOTO HIASAN)

ISKANDAR PUTERI, 25 Ogos - Kementerian Kewangan sekali lagi menafikan kononnya pembentangan Belanjawan 2023 akan dipercepatkan bulan depan sebagaimana desakan beberapa pihak.

Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata sebaliknya ia akan kekal pada 28 Oktober seperti yang dijadual dalam kalendar Parlimen.

(Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Mohd Shahar Abdullah)

"Tarikh Bajet 2023 telah diumumkan pada 28 Oktober 2022 seperti mana takwim Dewan Rakyat yang sudah menjadi pengetahuan umum.

"Saya tiada maklumat Bajet 2023 akan disegerakan bulan depan. Setakat pengetahuan saya tarikh pembentangan bajet akan kekal seperti jadual," katanya selepas menyaksikan majlis menandatagani memorandum persefahaman (MoU) pembangunan Sukan Dron di Medini, di sini.

Sebelum ini timbul spekulasi terdapat desakan supaya pembentangan Belanjawan 2023 disegerakan bulan hadapan bagi memberi laluan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) disegerakan.

Media Baharu