fb fb fb fb fb

Kementerian Digital komited pupuk bakat kemahiran bernilai tinggi

Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR, 7 Julai- Kementerian Digital komited memupuk tenaga kerja yang dinamik dan bakat kemahiran bernilai tinggi bagi memenuhi keperluan pasaran pekerjaan dalam industri digital yang semakin berkembang pesat.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata, teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan menawarkan pelbagai faedah berbanding infrastruktur pengkomputeran tradisional.

"Ia adalah satu langkah penting ke hadapan. (Misalnya) platform Outclass, yang berfungsi sebagai pusat sehenti kepada peningkatan kemahiran dengan kursus yang akan menyediakan bakat yang memenuhi keperluan kerjaya mereka," katanya pada Majlis Pelancaran Platform Outclass di ibu negara.

AirAsia Academy menerusi usaha sama edtech digital Capital A melalui penjenamaan semula sebagai Outclass dalam usaha merapatkan jurang kemahiran teknologi dalam kalangan pekerjanya.

SITI AISHAH MD ISA