LABUAN, 15 Oktober - Lebih RM1.2 juta wang zakat diagihkan kepada golongan asnaf di Labuan yang dikelolakan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menerusi Program Kembara Kasih Asnaf 2023.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na'im Mokhtar berkata agihan tersebut meliputi lebih 200 asnaf berdaftar di wilayah itu.
"Kalau kita tengok di Labuan ini jumlah penerima bantuan asnaf ini dia meningkat daripada tahun ke tahun disebabkan pendekatan yang diambil oleh MAIWP secara proaktif untuk mencari asnaf-asnaf.
"Kita tidak tunggu mereka ini datang saja, kita turun ke padang, turun ke laut mencari mereka ini dan menjelaskan kepada mereka untuk pergi ke MAIWP untuk daftar menjadi penerima bantuan asnaf MAIWP," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada program Kembara Kasih Asnaf 2023 di Dewan Homestay Kampung Sungai Labu, di sini.
Turut disampaikan replica cek bantuan kepada Hospital Labuan melalui bantuan pembelian kerusi laser.
Selain Bantuan Keusahawanan Asnaf dengan kerjasama INSKEN dan Bantuan Program Transformasi Kemahiran Ekonomi B40.