fb fb fb fb fb

Ancaman bom: Malaysia kekal sokong perjuangan Palestin

(FOTO RTM)

TANGGA BATU, 16 Oktober- Malaysia akan kekal menyokong perjuangan rakyat Palestin meskipun menerima ancaman bom di sebuah pusat beli-belah di Johor Bahru, Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, rakyat tidak perlu khuatir kerana kerajaan sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang ancaman.

"Pihak polis telah menyatakan itu adalah ancaman yang sengaja dibuat, cuma kita perlu berjaga-jaga dan tidak perlu khuatir pun,” katanya yang juga Presiden UMNO selepas merasmikan Pejabat UMNO Bahagian Tangga Batu di sini, pada Ahad.

Semalam, polis Johor mengesahkan pihak pengurusan The Mall Mid Valley Southkey dan St Giles Hotel Southkey menerima panggilan daripada seorang lelaki disyaki warga asing yang mendakwa meletakkan bom di pusat beli belah dan hotel berkenaan, Sabtu lalu.

Panggilan itu bagaimanapun, disahkan palsu.


(Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi)

Media Baharu