KUALA LUMPUR, 1 Januari– Dua gempa bumi berskala sederhana direkodkan di Indonesia dan Filipina, pagi tadi.
- METMalaysia mengesahkan dua gempa sederhana direkodkan di Laut Banda dan Rantau Kepulauan Filipina pagi tadi.
- Kedua-dua gempa berpusat di perairan dengan kedalaman antara 65 km dan 103 km.
- Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian tersebut.
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa bumi berukuran 5.5 pada skala Richter melanda kawasan Laut Banda, Indonesia pada 11.05 pagi berpusat pada koordinat 6.7 darjah selatan dan 130.1 darjah timur dengan kedalaman 103 kilometer (km).
Gempa bumi itu berada pada jarak 398 km Tenggara dari Ambon, Indonesia.
Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter pula melanda Rantau Kepulauan Filipina pada 10.56 pagi, berpusat pada koordinat 5.0 darjah utara dan 127.4 darjah timur, dengan kedalaman 65 km.
Gempa bumi itu berada pada jarak 136 km timur laut dari Pulau Talaud, Indonesia.
MetMalaysia memaklumkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan dua gempa bumi itu. -BERNAMA