fb fb fb fb fb

Kemasukan pelancong ke Melaka dijangka terus meningkat

SUNGAI RAMBAI, 25 April - Melaka bersedia menerima kemasukan pelancong serta kepulangan anak rantau selepas dua tahun tidak dapat meraikan Aidilftri di kampung halaman, ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata kerajaan negeri meminta semua pemain industri pelancongan dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk bersedia dengan peningkatan kemasukan orang ramai ke negeri itu.

Beliau mahu semua pihak tidak mengambil mudah dan perlu patuh terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan.

(Sulaiman bercakap kepada pemberita selepas
Majlis Perasmian Penutup Festival Kuih Tradisional Melaka dan pelita Raya Aidilfitri Melaka)

"Memang kita telah pun bersedia dan semua pihak PBT diminta dan pengusaha industri pelancongan seperti homestay dan hotel untuk bersiap sedia menerima pelancong. Saya turut memaklumkan perlu ada kerjasama dua pihak diantara pihak pengusaha dan pelancong untuk ikut SOP yang ditetapkan," kata Sulaiman.

Mengulas lanjut katanya peralihan fasa ini tidak menjamin tiada lagi jangkitan COVID-19.

Justeru semua pelancong atau individu yang pulang beraya di minta untuk terus mematuhi SOP dan bersederhana dalam meraikan Aidilfitri ini.

Media Baharu