fb fb fb fb fb

Hospital Tuanku Fauziah memerlukan 700 pek darah setiap bulan

KANGAR, 25 April - Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Perlis menggalakkan orang ramai agar terus menderma darah bagi menampung keperluan semasa terutamanya ketika musim perayaan Aidilfitri minggu depan.

Ketika ini, jumlah penderma darah dilaporkan berkurangan bagi tempoh Januari hingga 23 April.

Menurut Pakar Perubatan Transfusi, Jabatan Patologi HTF, Dr Wan Noorfalah Wan Yahaya jumlah kutipan darah bagi tempoh tersebut berkurangan kepada 2,863 pek berbanding 2,940 pek darah bagi tempoh sama tahun lalu.

Ketika ini darah jenis O amat diperlukan sebagai persediaan menghadapi kes kecemasan.

(Dr Wan Noorfalah ditemui media di HTF)

"Sebagaimana kita maklum, setiap kali bulan puasa kita akan dapati akan ada penurunan dari segi kutipan darah dalam 20 peratus berbanding pada waktu biasa. Apabila musim perayaan dimana ada pergerakan yang banyaklah. Jadi penderma kurang sedikitlah untuk menderma darah. Kita sangat mengalu-alukan dan berbesar hati mana-mana penganjur untuk menganjurkan kempen bersama-sama dengan kita," kata Dr Wan Noorfalah di sini.

Secara purata HTF memerlukan 700 pek darah setiap bulan bagi rawatan kecemasan, kes kemalangan, talasemia dan leukimia.

Media Baharu