fb fb fb fb fb

KEMAS bakal laksana transformasi TVET 2.0

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 12 November- Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan melaksana transformasi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) 2.0 di seluruh kelas kemahiran KEMAS mulai Januari tahun hadapan.

Inisiatif itu sebagai langkah ke arah memperkasa pendidikan kemahiran melibatkan akademi kemahiran dan kelas kemahiran dalam lima bidang utama sedia ada.

Ketua Pengarah KEMAS, Datuk Ahmad Kamal Idris Mohd Nawawi berkata fokus transformasi adalah menambah nilai bagi menjadikan program disediakan mengikut keperluan semasa dan kesesuaian masyarakat.  

"Transformasi TVET ini akan dilaksanakan secara berfasa dan akan menyediakan sistem sokongan yang baik serta mewujudkan persekitaran yang membolehkan peningkatan keberkesanan TVET KEMAS," katanya kepada pemberita di sini.

Tambah Ahmad Kamal Idris, sejumlah 14 siri program Wanita Inspirasiku (WINS) dilaksana di setiap negeri melibatkan kos RM840,000 dengan lebih 6,000 peserta menerima manfaat menerusi program tersebut.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM