fb fb fb fb fb

Banjir kilat di Johor, 10 mangsa terjejas

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 12 November- 10 mangsa daripada dua keluarga di Kampung Sentosa Damai, Pasir Gudang Jojor Bahru berdepan detik cemas selepas kediaman mereka dinaiki air kira-kira pukul 7.15 malam tadi.

Hujan lebat selama dua jam mengakibatkan kawasan berkenaan dilanda banjir kilat.

Timbalan Ketua Balai BBP Pasir Gudang, Penolong Penguasa Bomba Sarhan Akmal Mohamad berkata, hujan lebat mengakibatkan air naik setinggi tiga kaki.

Semua penduduk terjejas kini ditempatkan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Al-Mujazil.

Mereka terdiri daripada lima wanita termasuk seorang warga emas orang kurang upaya dan lima lelaki termasuk seorang kanak-kanak lelaki.

Paras air dilaporkan surut pada pukul 8.45 malam tadi, namun pemantauan dipergiat bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM