fb fb fb fb fb

Kemalangan: Lelaki 21 tahun maut di lokasi kejadian

(Keadaan kenderaan mangsa yang dilaporkan terbabas sendiri)

LABUAN, 6 September- Seorang lelaki maut, dalam dua kemalangan jalan raya berasingan membabitkan dua buah kenderaan yang berlaku pagi tadi, di Labuan.

Insiden maut itu berlaku berhampiran Masjid Kampung Sungai Labu.

Menurut kenyataan yang dikongsi Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPM) Labuan, pihak bomba menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6:27 pagi.

Sejurus tiba di lokasi, anggota bomba berjaya mengeluarkan mangsa, berumur 21 tahun, yang juga pemandu kenderaan.

Namun, mangsa yang dipercayai terbabas sendiri itu, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak petugas kesihatan.

Sementara itu, satu lagi kemalangan berlaku di Simpang 3, Masjid Kampung Tanjung Aru. Namun kemalangan itu tidak membabitkan kehilangan jiwa dan pemandu hanya mengalami kecederaan ringan.


(Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa dari kenderaannya)

Media Baharu