fb fb fb fb fb

Polis cari saksi kemalangan maut

PETALING JAYA, 6 September- Polis meminta saksi kes kemalangan maut di Kilometer 22.2 lebuhraya NKVE Petaling Jaya di simpang Y pada 4 September lalu, kira-kira pukul 1.45 tengah hari supaya tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid dalam satu kenyataan memaklumkan, seorang lelaki warga asing berumur 35 tahun meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hopsital.


(Kawasan kemalangan berlaku / Foto IPD Petaling Jaya)

"Bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik IPD Petaling Jaya telah menerima satu laporan berkenaan kemalangan jalan raya di daerah Petaling Jaya melibatkan sebuah motosikal jenis Honda Dash. Mangsa terlanggar pembahagi jalan besi simpang Y di Kilometer 22.2 lebuhraya NKVE" katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu, keterangan saksi kejadian amat diperlukan untuk membantu siasatan lanjut berhubung kemalangan itu.

"Kami meminta saksi bebas yang berada di tempat kejadian supaya tampil ke IPD Petaling Jaya, atau terus menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Navalan A/l Ravindran di talian 014-2536820 untuk membantu siasatan, "tulis kenyataan itu.

Kes disiasat bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

Media Baharu