fb fb fb fb fb

Kemalangan dua lori, seorang pemandu maut

(Foto Polis Kelantan)

GUA MUSANG, 6 April- Seorang lelaki maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan dalam kemalangan membabitkan dua buah lori, semalam.

Kejadian berkenaan berlaku di Jalan Gua Musang–Jeli, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata mangsa, 40 tahun yang memandu lori membawa muatan mentega dalam perjalanan dari arah Gua Musang menghala ke Jeli.

"Siasatan lanjut mendapati lori membawa mentega telah masuk ke laluan lori yang membawa kayu balak dari arah bertentangan dan mengakibatkan berlakunya pertembungan.

"Akibat daripada pertembungan itu, pemandu lori mentega maut di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Gua Musang untuk bedah siasat manakala pemandu lori kayu balak yang mengalami kecederaan di kaki menerima rawatan lanjut di hospital sama.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 41 (1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian.

"Siasatan lanjut masih dijalankan,"katanya menerusi kenyataan.


(Foto Polis Kelantan)

Media Baharu