fb fb fb fb fb

Kelvin berjaya diberkas, Bony masih lolos - Polis Sarawak

(Salah seorang tahanan warga Indonesia berjaya ditahan pagi tadi/
FB Serian Paguh)

SERIAN, 15 Jun- Salah seorang tahanan warga Indonesia yang meloloskan diri dari lokap Balai Polis Tapah di sini pada Isnin lalu berjaya diberkas semula, pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, tahanan yang dikenali sebagai Kelvin, 21, ditahan di kawasan kolam ikan, kira-kira satu kilometer dari Balai Polis Tapah.

"Kita mendapat maklumat dari orang awam pada pukul 9.00 pagi berkaitan seorang individu berkeliaran di kawasan kolam di Batu 22 Kuching-Serian. Dia adalah susupek yang dikehendaki," katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Sementara itu, seorang lagi tahanan yang juga warga Indonesia dikenali sebagai Bony, 31, masih bebas dan sedang diburu polis.

Mohd Azman yakin dengan bantuan penduduk sekitar Bony akan dapat diberkas tidak lama lagi.

(Tahanan warga Indonesia, Bony, 31, masih bebas dan diburu polis)

Media Baharu