fb fb fb fb fb

Kadar kebolehpasaran lepasan TVET MARA hampir 100 peratus

(Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berucap pada Persidangan ICAAMGS 2023
di Putrajaya/BERNAMA)

PUTRAJAYA, 15 Jun- Kadar kebolehpasaran lepasan program Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah kendalian Majlis Amanah Rakyat, MARA mencecah hampir 100 peratus.

Ini khususnya dalam bidang aeroangkasa yang ditawar Institut Teknologi Penerbangan Malaysia.

Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketika ini lebih 1,800 penuntut bidang aeroangkasa mengikuti program TVET berkemahiran tinggi di institut berkenaan.


(Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki)

"Setakat ini kebolehpasaran boleh dikatakan hampir 100 peratus kerana Institut Teknologi Penerbangan Malaysia Universiti Kuala Lumpur (UniKL MIAT) ini tidak hanya menfokuskan kepada teori tetapi ia bekerjasama terus kepada sembilan buah syarikat-syarikat besar yang terlibat dalam industri ini. Kita ada kilang pembelajaran di Subang juga. Ia mewujudkan ekosistem pembelajaran supaya pelajar-pelajar ini bukan sahaja terdedah dengan ilmu tetapi teori, juga budaya etika dalam suasana aeroangkasa sebenar", katanya.

Beliau turut menggalakkan pelajar lepasan SPM dan STPM agar tidak hanya menfokuskan bidang pengajian konvensional seperti kejuruteraan dan perakaunan, sebaliknya perlu berani menceburkan diri dalam bidang seperti aeroangkasa.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Aeroangkasa, Pengurusan Penerbangan dan Rantaian Bekalan Global 2023 (ICAAMGS 2023) di Putrajaya.

Media Baharu