fb fb fb fb fb

Kerajaan Madani fokus kemaslahatan masyarakat India

(Foto BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 15 Jun- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menokhtahkan kemiskinan tegar di negara ini termasuk dalam kalangan masyarakat India.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, K.Saraswathy berkata perkara itu disuarakan Anwar semasa Perbincangan Bersama Perdana Menteri dan Ahli-Ahli Parlimen Komuniti India Kerajaan Perpaduan.

"Hasrat dibawa itu mengambil kira kedudukan masyarakat India yang disifatkan antara kaum termiskin di Semenanjung.

"Dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar, kaum India harus diberi tumpuan supaya hasrat Kerajaan Madani untuk memberi peluang saksama kepada semua pihak mengikut kedudukan mereka akan tercapai.

"Ini adalah mesej daripada perdana menteri bahawa tiada siapa harus terpencil atau dipinggirkan dalam arus pembangunan negara ini," katanya kepada pemberita di sini.

Tambahnya, perdana menteri memberitahu telah membuat kajian mengenai hala tuju masyarakat India di negara ini.

Perdana menteri juga telah mendengar pandangan pemimpin India membabitkan pelbagai perkara.

Ini termasuk membincangkan isu berkaitan pendidikan, kemiskinan, kewarganegaraan dan Pelan Tindakan Masyarakat India.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu