fb fb fb fb fb

'Keluarga Malaysia' bukan retorik

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berucap sempena
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Darul Aman)

ALOR SETAR, 2 September- Idea 'Keluarga Malaysia' diilhamkan kerajaan hari ini bukanlah satu perkara retorik atau slogan semata-mata sebaliknya merupakan satu semangat yang diterapkan dalam pentadbiran negara demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam konteks negara, rakyat negara ini merupakan satu Keluarga Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa, kaum dan usia.

Beliau berkata semangat Keluarga Malaysia itu perlu disemarakkan kerana sesebuah institusi keluarga sentiasa berperanan memelihara agama, melindungi keselamatan, menjaga maruah dan memastikan nasib setiap ahli keluarga terbela.

Dalam ulasan lanjut Perdana Menteri, keutamaan semua pihak ketika ini adalah untuk memulihkan negara dan ekonomi tanpa mengira bangsa.

Usaha untuk memulihkan negara ini akan tercapai dengan memupuk, menyemai dan mempertahankan ciri-ciri keterangkuman, kebersamaan serta rasa kesyukuran yang dimiliki.

Tegas Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, "Kunci ada di tangan kita, seluruh 'Keluarga Malaysia', bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan
Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

"Ini kerana, hanya dengan keharmonian sahaja kita mampu mendapatkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

"Oleh itu, saya mengajak seluruh Keluarga Malaysia untuk terus Teguh Bersama menjadi sebuah Keluarga Malaysia yang kalis cabaran." Jelas beliau ketika ditemui pemberita.


(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri 

Dalam majlis sama sebanyak RM1.3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan tujuh Rancangan Tebatan Banjir dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Kedah.

Itu antara peruntukan yang diumumkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi kemudahan keluarga Malaysia khususnya rakyat negeri Kedah.

Peruntukkan tersebut bagi meminimumkan kesan bencana banjir di negeri itu termasuk di Sungai Pendang, Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit Baling, Kuala Pegang dan Bandar Jitra Selatan.

Selain itu, 844 unit rumah kini dibina dan dibaik pulih di negeri Kedah, melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM15.702 juta.

Datuk Seri Ismail Sabri turut, "melihat kepada isu kualiti hidup dan kesejahteraan keluarga miskin tegar dan miskin, Kerajaan telah memperkenalkan inisiatif Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), dengan menyediakan kediaman yang lebih selesa.

"Inisiatif ini, memanfaatkan lebih 4,220 ahli isi rumah di luar bandar."

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di pekarangan Stadium Darul Aman.

Media Baharu