(Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia,
Veranita Yosephine Sina dan ketua daerah bupati Regen Tapanuli Utara, Drs Nikson Nababan)
DANAU TOBA, 2 September- AirAsia Indonesia sekali lagi memperkukuh sokongannya terhadap pengembangan rangkaian domestik dan pelancongan di Indonesia.
Buktinya, pelancaran laluan Jakarta-Silangit telah diadakan hari ini.
Penerbangan sulung itu juga menandakan permulaan kukuh antara AirAsia Indonesia dengan syarikat induknya Capital A Berhad serta pihak berkepentingan kerajaan, sektor pelancongan dan industri utama untuk meningkatkan kedatangan pelancong dan menjadikan Danau Toba sebagai tarikan pelancongan utama di peringkat global.
AirAsia Indonesia juga ini melancarkan slogan baharunya iaitu “Terbang Lagi Indonesia”, menandakan komitmennya terhadap pembangunan ekonomi wilayah dan pemerkasaan komuniti.
Penerbangan itu mengambil masa selama 2 jam selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta pada jam 11.50 pagi dan tiba pada jam 1.50 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Silangit menggunakan pesawat A320.
Majlis pelancarannya diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Silangit dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Capital A, Tan Sri Tony Fernandes, ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Veranita Yosephine Sina dan ketua daerah bupati Regen Tapanuli Utara, Drs Nikson Nababan.
(Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A di Lapangan Terbang Antarabangsa Silangit)