fb fb fb fb fb

PerantiSiswa diagih bermula esok - Annuar

(FOTO FB MENTERI)

PUTRAJAYA, 2 September – Mahasiswa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta yang layak menerusi Program PerantiSiswa akan menerima peranti masing-masing mulai esok.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata majlis agihan rasmi peranti itu akan disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

(Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa / FOTO FAIL)

“InsyaAllah esok PerantiSiswa mula diedarkan kepada para mahasiswa IPTA dan IPTS. Tahniah kepada yang terpilih.

“Setiap penerima bakal mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan pelindung, papan kekunci dan stylus pen,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Annuar sebelum ini mengumunkan, 60,000 pelajar mahasiswa dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) layak menerima peranti jenama Samsung Galaxy Tab A8 LTE menerusi fasa pertama program itu.

Jelas Annuar lagi, agihan fasa kedua dijangka pada Oktober atau November depan memandangkan permohonan bagi fasa itu sedang dibuka mulai 1 Ogos 2022 hingga 30 September 2022.

“Pembekalan peranti itu akan dilakukan oleh lima syarikat terpilih melalui tender terbuka mengikut zon merangkumi Sabah dan Sarawak, utara, tengah dan selatan Semenanjung.

“Penerima PerantiSiswa bagi Fasa pertama terdiri daripada mahasiswa dalam kalangan keluarga B40 dengan pendapatan bulanan isi rumah sebanyak RM4,850 ke bawah,” katanya.

Media Baharu