fb fb fb fb fb

Kelewatan pembinaan LCS, tidak jejas keupayaan kapal

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 April- Kelewatan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) tidak akan menjejaskan keupayaan enjin dan peralatan lain, meskipun telah dibeli lebih awal.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enjin diesel yang diperoleh daripada MTU Services dari Jerman itu sentiasa diuji dan berada dalam keadaan baik.

"Soal enjin ini, tiada masalah. Jarang kita guna yang ketinggalan zaman. Kita guna yang sama, begitu juga kotak gear dan kipas. Kipas ini yang akan tentukan kelajuan dan macam mana kapal ini dioperasikan nanti, batang 'shaft' juga yang sama.

Namun, kita perlu naik taraf CMS termasuk juga tukar jenis peluru berpandu yang mana sekarang ini kita ambil dari negara Norway," kata Mohamad di Parlimen, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr Ahmad Azam Hamzah mengenai kelewatan pembinaan LCS yang boleh mengurangkan keupayaan kapal berkenaan.

Dalam pada itu, pihaknya tidak akan berkompromi dengan syarikat yang menggunakan 'orang tengah' bagi menguruskan pembinaan kapal-kapal LCS.

Persetujuan itu dicapai menerusi mesyuarat bersama jemaah menteri dan akan serahkan kepada agensi berkaitan untuk menyiasat lanjut.


(Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan/PARLIMEN)

Media Baharu