fb fb fb fb fb

Kekerapan tren RapidRail Kelana Jaya akan diseleras semula

KUALA LUMPUR, 16 Jun- Kekerapan tren RapidRail Kelana Jaya akan diselaraskan semula menjelang Ogos tahun ini.

Menurut Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong, ini berikutan lebih banyak tren yang akan ditambah baik dan diperbaiki dalam tempoh tersebut.

"Oleh kerana itu, bagi tempoh sekarang hingga Ogos perkara ini boleh dipulihkan selama lima minit,

"Namun ada beberapa keadaan menjadi 8 minit menyebabkan isu berkaitan kelewatan berlaku berhubung perkhidmatan yang lain," katanya dalam sidang media pelancaran MRT Laluan Putrajaya fasa satu.

(Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong)

Beliau turut menyasarkan kekerapan ideal tiga minit dapat dicapai pada November ini.

Beliau mengulas berhubung isu LRT Laluan Kelana Jaya yang mengalami kerosakan menyebabkan tren tidak bergerak hampir satu jam, baru-baru ini.

Media Baharu