fb fb fb fb fb

KPM akan tambah baik perlaksanaan KSSM sesi akedemik akan datang

PUTRAJAYA, 16 Jun- Kajian menyeluruh akan dilaksana terhadap keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Menurut Menteri Pendidikan Datuk Dr. Radzi, langkah itu bagi mengenal pasti kaedah, strategi serta pendekatan yang boleh dikekal mahupun ditambah baik dalam pelaksanaannya pada masa depan.

Berbanding SPM tahun 2020, kohort SPM 2021 merupakan kumpulan pelajar paling terkesan dengan pandemik selain menjadi kumpulan kohort pertama Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dalam tempoh pandemik COVID-19.

(Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Radzi)

"Apa yang paling penting adalah untuk kita menganalisa keputusan ini dengan lebih mendalam untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menjadai pendorong kepada keputusan peperiksaan tahun ini,

"Daripada keputusan yang lihat tadi, kita perlu meneliti pelan-pelan tertentu untuk diintervensikan bagi kohort akan datang bagi perlaksanaan KSSM," katanya.

Datuk Dr. Radzi ditemui pada sidang media selepas sesi lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 18 (1), Putrajaya.

Media Baharu