fb fb fb fb fb

Keharmonian kaum, toleransi jadi tunjang perpaduan Bangsa Johor - Sultan Johor

JOHOR BAHRU, 21 Januari- Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar mahu agar keharmonian kaum dan toleransi antara satu sama lain sentiasa menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.

Baginda bertitah perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa perlu terus diperkasakan.

"Masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai agama dan kaum memainkan peranan penting dalam pembinaan negara bangsa.

Sultan Johor berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan
Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Yong Peng
FOTO FB officialsultanibrahim

"Saya mengucapkan kepada semua masyarakat Tionghua, Tahun Baharu Cina dan semoga sentiasa makmur dan sejahtera,” titah Sultan Ibrahim menerusi hantaran di laman Facebook rasmi baginda, hari ini.

Terdahulu, Sultan Johor berkenan menerima menghadap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Yong Peng di sini, hari ini.

Media Baharu