KUALA TERENGGANU, 21 Januari- Kebanyakan barangan dan perkhidmatan sudah menunjukkan penurunan harga di pasaran.
Bagaimanapun, harga makanan yang siap dimasak di restoran dan kedai makan tidak menunjukkan penurunan.
Justeru, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyarankan peniaga terlibat menurunkan semula harga jualan makanan.
Ia selaras dengan penurunan harga kos bahan mentah di pasaran, secara tidak langsung membantu mengurangkan beban sara hidup rakyat yang berdepan dengan kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang dilaksanakan Bank Negara Malaysia (BNM).
"Orang ramai dan peniaga ada peranan masing-masing. Sebagai contoh, kalau kekerapan membeli dari restoran yang sama harga, kalau ada kedai lain yang lebih murah. Kita tukar la. Dengan cara itu, pengguna bertindak balas dengan lebih cepat mempengaruhi keputusan supaya harga turun," kata Rafizi kepada pemberita RTM di Kuala Terengganu.
(Foto FB Menteri)
Mengulas lanjut beliau berkata peniaga sewajarnya menawarkan harga makanan yang lebih anjal berdasarkan harga pasaran semasa.