fb fb fb fb fb

Kediaman penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke PPS selamat

(Datuk Seri Saifuddin Nasution pada majlis melancarkan Misi Bantuan Banjir Kementeriannya
ke Pantai Timur)

PUTRAJAYA, 21 Disember- Kediaman penduduk terjejas banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) selamat, itu jaminan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Katanya pemantauan menyeluruh terus dilaksana pihak berkuasa.

"Saya bincang bebebarapa kali dengan Tan Seri IGP kita punya keberadaan. Penduduk terjejas banjir dpindahkan ke PPS mereka tidak perlu bimbang tentang keselamatan tempat tinggal mereka.

"Belum pun balik ke rumah meraka bimbang keselamatan harta benda mereka. Di situlah kehadiran pasukan polis dikerahkan itu sentiasa berada dalam jaminan perkhidmatan pasukan polis," kata Saifuddin Nasution selepas melancarkan Misi Bantuan Banjir Kementeriannya ke Pantai Timur d sini.

Ia melibatkan penyerahan 1,000 bakul makanan kepada penduduk terjejas di PPS SK Alor Pasir, Tanah Merah dan SK Dewan Besar, Machang.

Selepas Kelantan, misi bantuan akan digerakkan ke neger-negeri terjejas banjir yang lain.

Pelaksanannya, melibatkan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia.

(Datuk Seri Saifuddin Nasution memberi jaminan kediaman penduduk terjejas banjir yang
dipindahkan ke PPS selamat)

Media Baharu