fb fb fb fb fb

Pembangunan kawasan sensitif alam sekitar, penguatkuasaan undang-undang perlu diperketat

(Lokasi kejadian tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya)

KUALA LUMPUR, 21 Disember- Penguatkuasaan undang-undang berkaitan pembangunan di kawasan sensitif alam sekitar perlu diperketat.

Ia bagi memastikan pihak pemaju benar-benar mematuhi piawaian pembangunan ditetapkan bagi mengelak risiko berlaku bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh serta melindungi keselamatan penduduk sekitar.

Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah, berkata syarat berkaitan pembangunan alam sekitar juga perlu dikaji semula agar bencana seperti banjir di Pantai Timur dapat dikurangkan dan tragedi tanah runtuh yang berlaku baru-baru ini dapat dielakkan.

"Kejadian tanah runtuh yang menggemparkan negara baru baru ini telah meragut nyawa, melibatkan kanak-kanak dan keluarga yang menemani di tapak perkhemahan.

"Saya berpendapat, perlu penguatkuasaan pematuhan polisi pemeliharaan alam sekitar di teliti dikaji demi kesejahteraan dan kepentingan alam sekitar", katanya dalam Sidang Dewan Negara.


(Senator Datuk Arman Azha Abu Hanifah)

Media Baharu