fb fb fb fb fb

Pertuduhan amang seksual, PU Azman mengaku tidak bersalah

AMPANG, 21 Disember- Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja lelaki berusia 17 tahun.

Pengakuan dibuat selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya, dihadapan Hakim Norhazani Hamzah di Mahkamah Sesyen Ampang.

Mengikut pertuduhan, Azman Syah melakukan kesalahan terbabit di sebuah bilik resort di Hulu Langat, waktu tengah hari, 22 Julai lalu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Jika sabit salah, boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.

Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 10 Februari tahun depan.

Pertuduhan terbabit menjadikan mahkamah ketiga dia didakwa atas kes seksual selepas dihadapkan di Mahkamah Sesyen Klang dan Mahkamah Sesyen Seremban masing-masing pada awal bulan ini serta Oktober lalu.


(Pendakwah selebriti, Azman Syah Alias hadir bersama peguam ke Mahkamah Sesyen Ampang)

Media Baharu