fb fb fb fb fb

Kedah umum cuti peristiwa 5 Februari sempena Thaipusam

ALOR SETAR, 24 Januari- Kedah meluluskan pemberian cuti peristiwa 5 Februari ini sempena sambutan Thaipusam.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan kelulusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Exco yang diadakan pada 18 Januari lepas.

Pemberian cuti peristiwa itu bertujuan memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di Kedah untuk meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.

Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa itu juga diharap dapat memberikan mereka manfaat sebaik-baiknya memandangkannya jatuh pada Ahad yang berturutan dengan cuti mingguan.


(Foto BERNAMA)

Media Baharu