fb fb fb fb fb

Kedah Rubber City semarakkan trend pelaburan di negeri Jelapang Padi




PADANG TERAP, 7 Februari- Trend pelaburan positif yang ditunjukkan Kedah kini akan disemarakkan lagi dengan pembangunan Kedah Rubber City (KRC) yang merupakan sebahagian daripada Teras 1 di bawah Pelan pembangunan Kedah 2035 iaitu Kemakmuran Ekonomi.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata di bawah teras tersebut Kedah akan dipertingkatkan melalui ekosistem perniagaan dan industry yang komprehensif dengan pelaksanaan projek-projek berimpak tinggi, penarikan pelaburan dalam industri berteknologi tinggi serta pemodenan sektor pertanian negeri.

Katanya Pembangunan KRC Padang Terap juga adalah bertepatan dengan indentiti dengan daerah itu yang berteraskan getah.

Teras 1 Kemakmuran eskonomi tersebut turut merangkumi pembangunan Sidam Logistics, Aerospace and Manufacturing Hub (SLAM) di Kedah Aerotropolis.

Antara komponennya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP), Bukit Kayu Hitam Special Border Economic Zone (SBEZ) dan Pembesaran Zon Industri Kulim Hi-Tech Park (KHTP).

Beliau berucap pada Majlis Perasmian Projek Strategik NCER-Kedah Rubber City.

Projek KRC merupakan salah satu projek strategik nasional yang berimpak tinggi di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) .

Ia adalah sebahagian rangka kerja Pelan Pembangunan Kedah 2035 (Kedah2035).

Ia bermatlamat merapatkan jurang pembangunan antara bandar-luar bandar .

Bagi tempoh Januari hingga September 2021, Kedah berjaya menarik pelaburan berjumlah RM57.1 billion atau 32% daripada nilai pelaburan masuk ke negara ini bagi tempoh sama.

Media Baharu