PUTRAJAYA, 7 Februari - Orang ramai diingatkan berwaspada dan tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu yang meminta warga emas tidak keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum, PRU DUN Johor akan datang.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, (MCMC) dalam kenyataan menyebut, telah mengesan penularan mesej di media sosial berkaitan perkara itu.
Peringatan ini penting bagi mengelakkan kekeliruan dan suasana panik dalam kalangan masyarakat.
Justeru, orang ramai dinasihat untuk mendapatkan maklumat terkini dan menentusahkan maklumat diterima daripada sumber rasmi terutamanya melalui Kementerian Kesihatan (KKM) atau melalui portal Sebenarnya.my.
Semalam, KKM menafikan telah mengeluarkan saranan hebahan kepada warga emas berusia lebih 60 tahun supaya tidak keluar mengundi pada PRU DUN Johor akan datang, seperti ditularkan di media sosial baru-baru ini.
Orang ramai diminta tidak menyebarkan maklumat palsu terbabit.