fb fb fb fb fb

84 saman dikeluarkan Polis Johor dalam Op Selamat, 35 kesalahan langgar lampu merah



JOHOR BAHRU, 7 Februari- 84 saman dikeluarkan keatas pemandu kerana melanggar peraturan jalan raya, menerusi Op Selamat yang dijalankan di Johor Bahru Utara, pukul 11 malam semalam hingga tiga pagi tadi.

Turut ditahan, dua lelaki dan seorang wanita, berumur 20 hingga 40 tahun, kerana memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid memaklumkan, daripada jumlah tersebut, 30 saman melibatkan kesalahan melanggar lampu isyarat merah.

Manakala 22 saman atas kesalahan nombor pendaftaran kenderaan, 15 saman ubah suai ekzos, sembilan saman tiada lesen memandu, serta tiga saman tidak memakai topi keledar.

Sebanyak 169 kenderaan diperiksa dalam operasi terbabit.

Tindakan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 45 (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020).

Media Baharu