fb fb fb fb fb

Kecekapan bomba padam kebakaran kurangkan kerugian

IPOH, 11 Mac- Kecekapan anggota bomba memadam kebakaran mampu mengurangkan kerugian negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tugas mereka bukan hanya menyelamat tetapi turut membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Beliau berkata kerajaan akan sentiasa sedaya upaya menambah baik kelengkapan sedia ada menerusi peruntukan yang disalurkan.


(Perdana Menteri menyantuni anggota bomba cilik ketika hadir bagi merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Tambun)

“Bila saudara pergi pantas selamatkan satu rumah kedai selamatkan satu kilang, sumbangan saudara kepada ekonomi negara kerana kita tidak bergantung, tidak terpaksa menanggung kerugian.

"Jadi anak-anak muda dalam pasukan bomba ingat bukan hanya menyelamatkan nyawa, harta benda tapi membantu memacu pertumbuhan ekonomi” katanya ketika berucap merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun.

Pembinaan bangunan secara “Design and Build” di atas tapak berkeluasan 17,197 meter persegi bernilai lebih RM13 juta.

Pada majlis tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan penaiktarafan BBP Tambun daripada Balai Kategori D ke C.

Ia sekaligus menjadikan Perak sebagai negeri kedua yang mempunyai bilangan balai bomba terbanyak iaitu sebanyak 35 buah balai.

Media Baharu