fb fb fb fb fb

Kebuniti bantu kurang kos perbelanjaan harian

KUALA TERENGGANU, 3 Februari - Program Pertanian bandar atau Kebuniti diwujudkan antara lain sebagai usaha membantu mengurangkan kos perbelanjaan harian dengan mengeluarkan bahan makanan sendiri.

Pengarah Pertanian Terengganu, Datuk Zulkepli Amin Yusof berkata faktor kenaikan harga sayuran dalam negara tidak sepatutnya menjadi penghalang untuk rakyat terus menikmati hidangan selamat.

Orang ramai wajar mengambil peluang dengan melaksanakan Kebuniti sebagai alternatif bagi mengatasi kenaikan harga bahan mentah yang semakin meningkat.

Selain mampu memperkasakan kelangsungan hidup rakyat ia turut mewujudkan peluang pekerjaan dan berpotensi menjual hasil tanaman.

Teknologi penanaman sayur-sayuran masa kini boleh dilakukan dalam skala kecil bagi mengurangkan kos perbelanjaan harian tanpa memerlukan kawasan yang luas.

Pelbagai kursus asas pertanian bandar disediakan kepada mereka yang berminat menyediakan makanan seimbang.

Menerusi Kebuniti, secara puratanya bebanan perbelanjaan harian boleh dikurangkan antara RM70 hingga Rm100 sebulan.

"Program sebegini sekurang-kurangnya penduduk miskin. Dpat kurangkan perbelanjaan mereka iaitu menanam keperluan harian seperti sayur di beranda , di 2 hingga 3 pasu," kata Zulkepli Amin di sini.

Mengguna pakai konsep penanaman konvensional, sistem hidroponik dan fertigasi, program itu menyasarkan golongan belia, Badan Bukan Kerajaan (NGO), perumahan bandar, sekolah serta komuniti.

Sepanjang tahun lalu, lebih 1,000 peserta menerima kit pertanian bandar menerusi program pembangunan pertanian komuniti.

"Saya cadangkan kepada rakyat kita berkebun di tepi rumah, walaupum kecil kita dapat hasilkan
produk kita sendiri dengan bebas racun, tak perlu ke pasar untuk beli sayur," kata Ketua Kelompok Kebuniti, Amir Hamzah Abdullah.

"Cabaran jika saya dahulu pernah putus asa , apabila tanaman saya diserang serangga, tetapi kita buat carian di internet berhubung dengan Jabatan Pertanian, bertanyakan apa penyelesainnya, dan daripada situ kita bertukar-tukar ilmu," kata Peserta Kebuniti, Nor Silawati Ngah.

Selain itu, inisiatif mewujudkan program Kebuniti bermatlamat pembentukan sahsiah diri sesama komuniti, antaranya bersedekan sambil menanam.

Media Baharu