fb fb fb fb fb

Kebolehpasaran graduan terus catat peningkatan

Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU, 2 November - Jabatan Tenaga Manusia (JTM) terus merekodkan perkembangan positif, dengan kadar kebolehpasaran graduan, mencapai 95.5 peratus, pada tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Rospiagos Taha berkata, 94.5% daripada graduan terbabit, menempatkan diri dalam pasaran kerja semasa, dengan 80.5% bekerja dalam bidang yang dipelajari.

"Ini bermakna, sekiranya belajar bidang tertentu, dia akan membuat kerja-kerja bidang itu. Tiada lagi yang mengganggur ataupun melakukan kerja-kerja lain. Itu adalah satu pencapaian baik kepada JTM," katanya.

"Sehubungan itu, saya juga menyeru kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak lepasan SPM yang masih keliru mengenai pemilihan bidang pendidikan, agar menceburi bidang TVET yang menjanjikan kejayaan pada masa hadapan," tambah beliau lagi.

Datuk Rospiagos ditemui media selepas merasmikan Karnival Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani di Balai Raya Kampung Sinaran Baru, di sini.

JTM menawarkan kira-kira sepuluh bidang utama latihan kemahiran yang berpotensi tinggi dalam pasaran kerja termasuk elektrik, kimpalan, automotif dan penjagaan mesin.

EZA YUSMAWATI YAACOP