KOTA KINABALU, 30 Mac- Operasi memadam kebakaran di tapak pelupusan Kayu Madang di sini ditamatkan pada pukul 3.15 petang semalam.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah melaporkan, pihaknya telah berjaya memadam kebakaran di kawasan seluas 10,287 meter persegi itu yang dibahagikan kepada empat sektor bagi memudahkan operasi.
"Operasi pemadaman hari keenam menggunakan satu aliran dua pancutan 100 meter dari jentera tangki air.
“Kebakaran melibatkan sisa pembuangan tayar terpakai di tapak pelupusan sampah berkenaan yang berkeluasan 45,700 meter persegi, ” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, bomba masih melakukan pemantauan secara berterusan di kawasan terbabit bagi memastikan kebakaran tidak berlaku semula.
Kebakaran mula berlaku pada 24 Mac lepas dan kerja-kerja pemadaman api melibatkan pegawai serta anggota JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran serta dibantu BBP lain antaranya dari Kota Kinabalu, Lintas, Penampang dan Ibu Pejabat JBPM Sabah.
Insiden tersebut tidak melibatkan sebarang nyawa atau kecederaan.
ARTIKEL BERKAITAN
Dua kawasan di Sabah catat udara tidak sihat setakat 9 pagi