fb fb fb fb fb

Kebakaran Putra Heights: Tempoh koordinasi bantuan ditentukan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Selangor

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar ditemui pemberita di PPS Masjid Putra Heights, Selangor

SUBANG JAYA, 4 April - Tempoh koordinasi antara jabatan dan agensi kerajaan yang ditugaskan bagi membantu mangsa kebakaran akibat kebocoran paip gas di Putra Heights hanya akan ditentukan selepas ketetapan dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Selangor.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, jawatankuasa tersebut dipengerusikan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan.

Beliau turut menyatakan bahawa berpuas hati dengan pengurusan koordinasi setiap jabatan awam yang terlibat dalam insiden kebakaran itu.

"Kita masih menunggu daripada jawatankuasa induk yang dipengerusikan Ketua Polis Selangor. Kita tunggu semasa ke semasa. Sehingga mereka boleh buat satu ketetapan. Kita tunggu keadaan benar-benar selamat, bagi kita keselamatan adalah yang utama" kata Shamsul Azri .

Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ziarah ke PPS Masjid Putra Heights, Selangor. 

TETITIA YUSOFF