fb fb fb fb fb

Kebakaran: MYDIN Manjoi ditutup sementara

Mydin di Manjoi, Perak terbakar malam tadi

IPOH, 11 Mac- Pasar raya MYDIN di Manjoi ditutup sementara bermula hari ini sehingga tarikh yang akan dimaklumkan susulan insiden kebakaran, malam tadi.  

Menerusi kenyataan di Facebook rasminya, MYDIN memberitahu pelanggan boleh berkunjung ke cawangan di Meru Raya atau Gopeng bagi mendapatkan barangan keperluan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya masih melaksanakan tugasan operasi melalui kerja-kerja 'overhaul' bagi memastikan sisa bara kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

Operasi itu melibatkan seramai 25 anggota dari empat buah balai bomba dan penyelamat (BBP).

 

SITI AISHAH MD ISA