fb fb fb fb fb

JPNPP fokus basmi keciciran, ketidakhadiran pelajar ke sekolah

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Said Hussain

KEPALA BATAS, 11 Mac- Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang kini fokus dalam membasmi keciciran dan ketidakhadiran pelajar ke sekolah.

Ke arah itu, cogan kata, Pulau Pinang Peneraju Transformasi Pendidikan Negara diangkat sebagai misi utama jabatan berkenaan. 

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Said Hussain berkata satu jalinan ukhwah yang cukup rapat antara pihak sekolah dan komuniti amat diperlukan dalam memastikan kehadiran para pelajar mencapai 100 peratus.

"Hasrat kita yang utama adalah sifar keciciran dan sifar ketidakhadiran. Maksudnya pada hari ini, kita melihat kehadiran yang cukup hebat. Inilah harapan kita di semua 397 buah sekolah di negeri Pulau Pinang ini."

"Kita sasarkan 100 peratus kehadiran pelajar," kata Abdul Said kepada pemberita selepas mengadakan lawatan Jom Ke Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Haji Ahmad Badawi, di sini. 

Seramai 117, 585 pelajar sekolah rendah di Pulau Pinang kembali memulakan sesi persekolahan pada kali ini dengan bilangan murid sekolah menengah pula seramai 103,927.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM