fb fb fb fb fb

Kebakaran dua rumah berkembar di Kuantan, musnah 80 peratus

Foto JBPM Pahang

KUANTAN, 29 Ogos- Dua rumah berkembar separuh kekal musnah 80 peratus dalam satu kebakaran di Kampung Sri Mahkota, Jalan Gambang, Kuantan, Pahang, awal pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.49 pagi. 

Selain itu, operasi turut dibantu lima anggota dari BBP Indera Mahkota bersama jentera.  

Menurutnya, kedua-dua rumah itu berkeluasan 20x50 kaki persegi hampir musnah dengan peratusan kebakaran 80 peratus.

Bagaimanapun, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang mangsa.

Pihak bomba memadam kebakaran berkenaan dengan menggunakan dua aliran hos serta aliran salur bantu mula yang disambungkan daripada tangki pam jentera bomba.

Kebakaran berjaya dikawal kira-kira pukul 6.09 pagi sebelum operasi ditamatkan.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM