PUTRAJAYA, 29 Ogos -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpuas hati dengan persiapan yang dilaksanakan sempena sambutan Hari Kebangsaan yang berlangsung di Dataran Putrajaya.
Perkara itu dinyatakan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berdasarkan pertemuan bersama Perdana Menteri yang turut hadir menyaksikan raptai akhir pagi tadi.
Datuk Seri Anwar turut meminta menteri-menteri meluangkan masa untuk hadir kerana ini adalah acara kenegaraan yang penting. Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan tahap persiapan yang ada," ujarnya pada sidang media khas di Putrajaya.
"Beliau merasakan persiapan itu berjalan dengan rapi, beliau melihat semangat di kalangan terutama anak-anak yang terlibat dalam pesembahan Human Graphic itu sangat mengujakan," katanya pada sidang media khas, di sini.
Katanya, lebih 5,000 orang hadir menyaksikan raptai tersebut yang melibatkan pelbagai agensi keselamatan, pelajar serta peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Datuk Fahmi turut menjangkakan lebih 100,000 pengunjung akan hadir bagi menyaksikan kemeriahan Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 di Dataran Putrajaya, pada 31 Ogos nanti.