KOTA BHARU, 13 Mei- Dua beradik maut selepas kediaman didiami mereka terbakar di Kampung Mentuan Sering di sini pada pukul 8.30 malam tadi.
Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari, mangsa Muhammad Huzaifah Ab Halim, 31 tahun dan adiknya, Aisyah Ab Halim, 22 tahun yang juga 'Sindrom Down' ditemukan dalam keadaan rentung.
"Api dapat dipadam sepenuhnya pada pukul 9.30 malam.
"Mayat dua beradik itu masing-masing ditemukan di ruang tamu dan tandas.
"Kedua-dua mayat terbabit diserahkan kepada polis untuk untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini.
Sementara itu, sepupu mangsa, Siti Salwani Husin berkata dia terkilan tidak dapat menyelamatkan kedua-dua mangsa.
"Ketika api sedang marak di bahagian dapur, saya melihat Aisyah melambai meminta pertolongan di tepi tingkap.
"Saya meminta Aisyah untuk terjun keluar kerana api sedang marak namun dia tidak berbuat demikian," katanya.
(Foto Hiasan)