KUALA KEDAH, 13 Mei- Awak-awak bot warga Thailand yang dikhuatiri lemas pada semalam ditemukan di kedudukan 2.0 batu nautika dari Pulau Bidan, Yan, Kedah pukul 8.30 pagi tadi.
Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak menerusi kenyataan berkata mayat tersebut ditemukan terapung oleh nelayan tempatan dengan masih lengkap berpakaian.
Katanya, mayat mangsa dibawa naik ke bot penyelamat milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berikutan keadaan laut yang agak teruk dan muara yang cetek.
Mayat diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.
Berikutan penemuan itu operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) ditamatkan pada pukul 10.30 pagi.
Dalam kejadian semalam, mangsa Donbagee Tingsa, 33 tahun disedari tiada di atas bot memukat bilis ketika bot itu menjalankan aktiviti memukat di perairan Pulau Bidan.

(Foto Ihsan MARITIM)