(Foto Hiasan)
TELUK INTAN, 13 Mei- Seorang pelajar tingkatan dua dikhuatiri lemas di Sungai Perak di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Ahmad Adnan Basri berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian selepas bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Teluk Intan.
"Bapa mangsa telah menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah mengenai beg milik pelajar berkenaan yang ditemukan penduduk kampung di Jeti Kampung Terengganu, di sini.
"Bagaimanapun, mangsa tidak kelihatan dan dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai.
"Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) kemudiannya diaktifkan pada pukul 9.30 malam berhampiran lokasi insiden.
"Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan dengan kerjasama agensi lain termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) serta penduduk setempat," katanya kepada pemberita di sini.

(Foto Hiasan)