(Datuk Seri Amirudin Shari menyantuni anak-anak kecil dengan memberi duit raya
pada Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam)
SABAK BERNAM, 13 Mei- Kerajaan negeri Selangor menerima peruntukkan tambahan sebanyak RM2 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membaik pulih jalan kampung yang mempunyai kaitan dengan kebun dan ladang-ladang di negeri itu.
Perkara itu diumumkan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Jelasnya, peruntukkan itu diterima daripada Kementerian Luar Bandar.
Tambahnya, lokasi yang dikenal pasti adalah di Sabak Bernam.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam malam tadi.
Terdahulu, dalam ucapannya, program ketujuh anjuran peringkat negeri itu adalah merupakan program paling mendapat sambutan ramai dengan kira-kira lebih 10,000 tetamu hadir.
(Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berucap pada Rumah Terbuka
Jelajah Kita Selangor Aidilfitri di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam)