(Foto JBPM Perak)
IPOH, 13 Mei- Seramai enam orang cedera selepas bas dinaiki melanggar pembahagi jalan, awal pagi tadi.
Kemalangan berlaku di Kilometer 257 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.
Menurut Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Saiful Hanif Mahmad Ayub, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada pukul 2.46 pagi.
"Bas berkenaan ketika itu sedang dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
"Maklumat awal mendapati, bas berkenaan mengalami masalah brek ketika melalui lokasi kejadian.
"Tindakan pemandu menghentikan bas tersebut dengan melanggar pembahagi jalan bagi mengelak sebarang risiko kemalangan lain.
"Akibat insiden tersebut, enam mangsa mengalami kecederaan.
"Kesemua mangsa telah diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut," katanya menerusi kenyataan.
(Foto JBPM Perak)